my follower

Monday, December 12, 2011

Tips & petua2



Santan Tidak Berbau
Bagi puan yang bekerja atau suri rumah mungkin bermasalah apabila santan diperah terlebih banyak. Untuk memastikan ia tidak berbau dan tahan lama masukkan dua/tiga cili padi kedalam santan dan simpan di dalam peti sejuk, insya-Allah santan tidak berbau dan tahan lama

Susu Kilatkan Daun Hijau
Banyak suri rumah suka menghias rumah dengan pokok berdaun hijau, Untuk mudah membersihkan habuk daripada daun hijau juga untuk mengilatkan daun, cubalah cara ini ambil susu cair atau susu tepung yang dilarutkan di dalam air. Tuang susu itu di atas span lembut dan lap pada daun hijau tadi. Hasilnya daun nampak berkilat dan bertambah hijau.

Petua Kempiskan Perut
Perahan limau nipis yang dicampur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu teh panas suam, kesannya lebih cepat. Amalkan meminum air ini dan insya-Allah perut anda yang buncit akan menjadi kempis dan kemas semula. Tapi..AWAS...sekiranya buncit ada anak....mintak maaflah...

Mengatasi Kelemumur
Biasakan mencuci rambut dengan beberapa helai daun rambutan yang diramas bersama setengah cawan air hingga mengeluarkan lendir. Kemudian bancuh sebati lendir daun rambutan bersama dua cawan santan dan sebiji air limau nipis. Lumur pada seluruh kepala dan balut menggunakan tuala lembap. Biar sebentar sebelum dibilas bersih, Lakukan seminggu sekali.

Tepung Gandum Rawat Kulit Terbakar
Kepada yang melakukan kerja luar sering menghadapi masalah kulit muka terbakar kerana panas matahari. Untuk memulihkan kulit wajah, bancuh sebati sedikit tepung gandum bersama madu dan putih telur serta air limau nipis. Sapu bancuhan pada seluruh muka kecuali bahagian mata dan mulut. Biar kering baru cuci dengan air bersih.

Tumit Pecah-Pecah
Cara mudah dan murah untuk menghilangkan pecah di tumit, sediakan kelapa yang diparut tidak terlalu halus dan sedikit garam. Gaulkan kelapa bersama garam hingga sebati, Tumit dan tapak kaki yang pecah itu hendaklah dicuci terlebih dahulu. Selepas itu sapukan kelapa bercampur garam pada tumit dan tapak kaki sambil menggosokkannya rata-rata. Kemudian cuci kaki hingga bersih. Amalkan petua ini tiga kali seminggu sebelum tidur.

Mata Anak Bersinar
Sewaktu diketahui dirinya hamil, seorang ibu hendaklah mengamalkan makan sebiji buah delima yang masak pada setiap bulan kandungan sehingga sembilan bulan. Insya-Allah mata anak yang dilahirkan akan bersinar.

Mengelak Bekas Cengkerik
Kanak-kanak yang terkena cengkerik akan mengalami kegatalan dan meninggalkan kesan bertompok-tompok di seluruh badan dan muka. Untuk mengelakkannya ambil secekak akar daun lalang, bersihkan tanah dan pasir yang melekat kemudian rebus di dalam periuk besar hingga mendidih. Setelah suam, barulah dibuat mandi seluruhan badan, lakukan ketika cengkering hampir kering.

Membunuh Lipas
Untuk membunuh lipas dan tidak membiarkan ia membiak, ikut beberapa petua ini.
1. Ambil hujung timun atau pangkalnya dan letakkan di tempat ada banyak lipas. Insya-Allah lipas akan mati,

2. Ambil beberapa biji buah pelaga dan letakkan di tempat lipas membiak.
3. Kalau terlalu banyak sangat, bolehlah sediakan ubi kentang yang direbus dan dilecek dicampurkan bersama serbuk penaik dan gaul.Buat seperti pergedel dan letak di tempat banyak lipas. Lihat kesannya nanti.

Mewangikan Rambut
Ambil beberapa biji limau nipis & hiris2kan. Kemudian gosokkan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah cuci hingga bersih. Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening & menyejukkan kepala.

Kilatkan Cermin Mata
Cermin mata selalu kabur warna kerana terkena peluh disekitar mata atau hidung. Cuba petua ini bagi mengatasi cermin mata anda jelas lebih lama. Cuci & gosokkan sedikit limau pada kacanya. Bilas bersih2 kemudian lap dgn kain bersih atau tisu. Hasilnya cermin mata lebih kuat & jelas lebih lama.

Jemput-Jemput Menjadi Lembut
Untuk yg inginkan jemput2 menjadi lebih lembut & enak, cuba masukkan air perahan limau nipis (buang bijinya) ke dlm adunan tersebut. Hasilnya pasti memuaskan anda.

Elakkan Kelemumur
Limau nipis juga ubat kelemumur yg mujarab. Caranya potong limau nipis & tenyeh pada kulit kepala. Biarkan seberapa lama yg mungkin & bilas.

Mencuci Barangan Perak
Campurkan perahan air limau & garam ke dlm mangkuk yg berisi air & cucikan barang perak anda. Hasilnya barang perak akan berkilat.

Segarkan Taugeh
Taugeh akan menjadi segar w/pun berhari2 sekiranya anda mencampurkan perahan air limau nipis ke dlm air tempat anda merendamkan taugeh. Tetapi pastikan anda menukar airnya setiap hari.

Limau Nipis Cantikkan Badan
Sediakan segelas air suam & masukkan tiga sudu kecil daun teh & juga sebiji air perahan limau nipis. Biarkan semalaman. Minum setengah gelas di waktu pagi & setengah gelas lagi waktu petang. Amalkan 3 kali seminggu.

Menghilangkan Kesan Bau Papan Pemotong
Adakalanya kita menghadapi masalah utk menghilang bau hanyir pd papan pemotong. Ambil sebiji limau nipis & kemudian di potong dua. Sapukan limau tersebut pada permukaan papan pemotong. Hasilnya bau yg terdpt pada papan pemotong akan hilang.

Hilangkan Bau Kaki
Sering didapati kaki kita berbau apabila memakai kasut sarung atau tertutup. Untuk mengatasinya, ambil limau nipis, potong2 & gosokkan pd kaki. Lakukan setiap ptg selepas menanggalkan kasut. Insya-allah bau kaki akan hilang.

Hapuskan Kesan Karat Pada Pakaian
Utk hilangkan kesan karat pd pakaian, amalkan cara ini. Ambil sedikit garam, perahan air limau nipis & larutkan bersamaair rendaman pakaian & biarkan semalaman. Keesokkannya cucilah spt biasa.

Sunday, December 11, 2011

pengajaran kisah tauladan-Ibu…Bidadari Di Rumahmu.

Seorang bayi bersiap untuk dilahirkan ke dunia. Dia berkata pada dirinya sendiri: “ para malaikat mengatakan bahawa esok aku akan dikirimkan ke dunia, tetapi bagaimana aku boleh hidup di sana? Aku begitu kecil dan lemah?”

Tiba terdengar suatu suara: “ Jangan bimbang. Aku telah memilih seorang bidadari untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihi kamu di sana.”

Bagaimanapun bayi itu merasa bimbang dan takut untuk menghadapi dunia yang amat asing baginya.

“Di sini – surga – apa yang aku lakukan hanyalah menyanyi dan ketawa sepanjang hari. Ini sudah cukup bagi aku untuk berasa bahagia,” kata bayi itu dalam nada yang cukup sedih.

“ Jangan kamu bimbang. Bidadarimu akan menyanyi, sentiasa tersenyum dan menjagamu sepanjang masa. Dan kamu akan merasa kehangatan cintanya. Dengan semua itu kamu akan lebih bahagia daripada di sini,” terdengar sekali lagi suara tadi.

“Tapi bagaimana aku akan mengerti apa yang dibicarakan oleh bidadariku jika aku tidak memahami bahasanya?” tanya bayi itu separuh merintih.

“Bidadarimu akan berbicara kepada mu menggunakan bahasa lembut yang paling indah pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian, dia akan mengajarkan kamu cara berbicara,” Berkata suara itu lagi.

Bayi itu masih tidak puas hati, dia terus juga bertanya: “aku mendengar bahawa di dunia banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi aku?”

“Bidadarimu akan memberikan perlindungan dengan sepenuh jiwa raganya,” balas suara itu.

“Tetapi aku pasti akan merasa sedih kerana meninggalkan tempat yng begini indah,” rintih bayi itu lagi.

Bidadarimu akan menceritakan kepadamu segala-galanya. Dia akan mengajar kamu segala-galanya. Dia akan mengajar kamu segala ilmu yang ada. Jangan bimbang kerana bidadarimu sanggup mengorbankan segalanya untukmu. Padanya, kamu adalah segala-galanya!

Di saat itu suasana menjadi begitu tenang dan perlahan-lahan bayi itu bertanya lagi: “jika aku harus pergi sekarang, bolehkah diberitahu siapakah bidadari itu?
“Kamu akan memanggil bidadari bidadari itu…IBU!”





Moral :

Ingatlah! Curahkan sepenuh kasih sayang kepada ibumu, berdoalah untuknya dan cintailah dia sepanjang hayat.

Friday, December 9, 2011

pengajaran kisah tauladan-Esoklah

Kisah untuk renungan bersama... Katakan sekarang... jgn tunggu sampai esok... Pada suatu tempat, hiduplah seorang anak. Dia hidup dalam keluarga yang bahagia, dengan orang tua dan sanak keluarganya. Tetapi, dia selalu menganggap itu sesuatu yang wajar saja. Dia terus bermain, mengganggu adik dan kakaknya, membuat masalah bagi orang lain adalah kesukaannya.

Apabila dia menyedari akan kesalahannya dan mahu minta maaf, dia selalu berkata,"Tidak apa-apa, besok kan boleh." Sesudah besar, dia amat suka kesekolah. Dia belajar, mendapat teman, dan sangat bahagia. Tetapi, dia anggap itu wajar-wajar saja. Semua begitu saja dijalaninya sehingga dia anggap semua sudah sewajarnya. Suatu hari, dia berkelahi dengan teman baiknya. Walaupun dia tahu itu salah, tapi tidak pernah mengambil inisiatif untuk minta maaf dan berbaik dengan teman baiknya. Alasannya, "Tidak apa-apa, besok kan boleh."

Ketika meningkat remaja, teman baiknya tadi bukanlah temannya lagi. Walaupun dia sering melihat temannya itu, tapi mereka tidak pernah saling tegur. Baginya itu bukanlah masalah, kerana dia masih punyai ramai teman baik yang lain. Dia dan teman-temannya melakukan segala sesuatu bersama-sama, main, jalan-jalan dan macam2 lagi. Ya, mereka semua teman-temannya yang paling baik.

Setelah lulus, kerja membuatkannya menjadi sibuk. Dia bertemu seorang gadis yang sangat cantik dan baik. Gadis itu kemudian menjadi teman wanitanya.Dia begitu sibuk dengan kerjanya, kerana dia ingin di naikkan pangkat ke posisi paling tinggi dalam waktu yang sesingkat mungkin.

Tentu, dia rindu untuk bertemu teman-temannya. Tapi dia tidak pernah lagi menghubungi mereka, bahkan selalu lewat menelefon mereka. Dia selalu berkata, "Ah, aku penat, besok saja aku hubungi mereka." Ini tidak terlalu mengganggu dia kerana dia punyai teman-teman sekerja selalu mahu apabila diajak keluar.

Jadi, waktu pun berlalu, dia lupa sama sekali untuk menelefon teman-temannya. Setelah dia berkahwin dan mempunyai anak, dia bekerja lebih kuat untuk memberi kebahagiaan pada keluarganya. Dia tidak pernah lagi membeli bunga untuk isterinya, atau pun mengingati hari lahir isterinya dan juga hari perkahwinan mereka. Itu tidak mendatangkan masalah baginya, kerana isterinya selalu mengerti, dan tidak pernah menyalahkannya.

Kadang-kadang dia merasa bersalah dan ingin punyai kesempatan untuk mengatakan pada isterinya "Aku cinta pada mu", tapi dia tidak pernah melakukannya. Alasannya, "Tidak apa-apa, saya pasti besok saya akan mengatakannya."

Dia tidak pernah bersama di majlis harijadi anak-anaknya, tapi dia tidak tahu ini akan mempengaruhi anak-anaknya. Anak-anak mulai menjauhkan diri darinya, dan tidak pernah menghabiskan waktu mereka bersama dengan ayahnya.

Suatu hari, isterinya ditimpa kemalangan, isterinya dilanggar lari. Ketika kejadian itu, dia sedang ada mesyuarat. Kemalangan itu adalah serius dan dia tidak sedar bahawa kemalangan itu bakal menjemput isterinya menemui yang maha mencipta. Belum sempat dia berkata "Aku cinta pada mu", isterinya telah meninggal dunia. Remuk hatinya apabila ini berlaku dan dia cuba menghiburkan diri bersama anak-anaknya setelah kematian isterinya.

Tapi, dia baru sedar bahawa anak-anaknya tidak mahu berkomunikasi dengannya. Apabila anak-anaknya dewasa dan membina keluarga masing-masing. Tidak ada yang peduli pada orang tua ini, yang di masa lalunya tidak pernah meluangkan waktunya untuk mereka.

Masa berjalan begitu pantas, orang tua ini tinggal di rumah jagaan yang terbaik, yang menyediakan pelayanan sangat baik. Dia menggunakan wang yang disimpannya dari mula untuk perayaan ulang tahun perkahwinan ke 50, 60,dan 70. Pada asal tujuan wang itu adalah untuk digunakan pergi bercuti ke Hawaii, New Zealand, dan negara-negara lain bersama isterinya,
tapi kini terpaksa digunakan untuk membayar biaya tinggal di rumah jagaan tersebut. Sejak dari itu sehinggalah dia meninggal, hanya ada orang-orang tua dan penjaga yang merawatnya. Dia merasa sangat kesepian, perasaan yang tidak pernah dia rasakan sebelumnya.

Semasa dia hendak meninggal, dia memanggil seorang penjaga dan berkata kepadanya, "Ah, jika aku menyedari perkara ini dari dulu..." Kemudian perlahan ia menghembuskan nafas terakhir. Dia meninggal dunia dengan airmata dipipinya.


MORAL :

Apa yang saya ingin katakan pada kawan-kawan dan juga pada diri saya sendiri, waktu itu tidak pernah berhenti. Anda terus maju dan maju,sebelum benar-benar menyedari, anda ternyata telah maju terlalu jauh.

Jika anda pernah bertengkar, segera berbaik antara satu sama lain !

Jika anda merasa ingin mendengar suara teman anda, jangan ragu-ragu untuk menelefonnya segera.

Akhir sekali, tapi yang paling penting, jika anda merasa ingin mengatakan pada seseorang bahawa anda sangat sayang pada dia, jangan tunggu sampai terlewat. Jika anda terus berfikir bahawa masih ada lain hari baru anda akan memberitahu dia, hari itu tidak pernah akan datang.

Jika anda selalu fikir bahawa besok akan datang, maka "besok" akan pergi

sungguh dengan begitu cepat hingga anda baru sedar bahawa waktu telah tinggalkan anda.



Tuesday, November 22, 2011

"Abang,tunggu mak di syurga ya"

                   
                                                                                                                                        
Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut
membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.           
                                                                     
Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju
terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu
tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.               
                                                                     
Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju
itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke
pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang.
Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang
menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.         
                                                                     
Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah,
mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.
                                                                     
"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir,"
begitulah kata mak pada abah.                                     
                                                                     
Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya
kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain
terakhir pada tubuh abang.                                         
                                                                     
"Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!"           
                                                                     
Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali 
terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh
memalingkan muka.                                                 
                                                                     
Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali 
terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi
abang.                                                             
                                                                     
Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!"                       
                                                                     
Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali
terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa
abang ke tanah perkuburan.                                         
                                                                     
Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang.     
Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana.
                                                                     
Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang
nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak.           
                                                                     
Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak
uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke
pipi? Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka.         
                                                                     
Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang
dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur
tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu?                       
                                                                     
Petang itu, mak duduk di satu sudut di ruang tamu rumah. Mak terfikir
tentang soalan mereka itu. Mak tak tahu nak jawab macam mana. Kemudian,
mak nampak sebuah diari di atas para di sudut ruang tamu.         
                                                                     
Lantas mak capai diari kecil itu. Di dalamnya tercatat peristiwa yang
berlaku sepanjang empat tahun dua bulan mak membesarkan abang.     
                                                                     
Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit
usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya.
                                                                     
Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan
derita abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir.     
                                                                     
Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum
abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari.
                                                                     
Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis? Mak akan
bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak
menangis, sayang.                                                 
                                                                     
Januari 2011-   Perut abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata
doktor, semua organ dalaman abang sudah rosak,sudah 'reput'. Tak boleh
diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan
ada lagi pembedahan untuk abang.                                   
                                                                     
                                                                     
26 Februari 2011-   Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu,
mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah!     
                                                                     
Hah Hah.. Tergelak mak.Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu
setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah,
                                                                     
Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur, tapi tak jumpa kek macam
tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang abang minta.       
                                                                     
Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan abang, tapi kali
ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti.
                                                                     
Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, abang masih
tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama
menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik,
mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.                         
                                                                     
                                                                     
7 Mac 2011-   Keadaan abang makin kritikal. Perut abang semakin besar.
Abang tak mampu nak bergerak, lebih banyak terbaring dan asyik sesak 
nafas. Mak tak tahan lihat keadaan abang.                       
                                                                     
Mak bawa abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat abang.
Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi.                 
                                                                     
Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan. Mak redha. Dalam hati mak
juga sudah berkata, masa abang tidak lama lagi.                   
                                                                     
Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan abang?
Mak jawab: "InsyaAllah, abang akan sihat!"                           
                                                                     
Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tak mahumereka semua
lemah semangat jika mereka tahu abang sudah tiada harapan lagi.   
                                                                     
Mereka pun sama, masing-masing bertarung dengan ujian apabila anak yang
dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu 
kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri telan.
                                                                     
                                                                     
13 Mac 2011-  Hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa abang
pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah abang habiskan waktu-waktu
terakhir bersama keluarga. Dan di saat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan
apa saja permintaan abang.                                         
                                                                     
Di rumah, setiap hari mak akan tanya: "Abang nak apa harini?"       
                                                                     
Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab: "Mak, abang nak naik
kereta bomba!"                                                       
                                                                     
Mak termenung dengar permintaan abang. Bila abah pulang ke rumah, terus
mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana? Mak jawab: "Balai bomba!"
                                                                     
Sampai di situ, mak minta izin pegawai bomba. Mak kata, abang teringin nak
merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu garu-garu kepala, kemudiannya
menggeleng-gelengkan kepala.                                       
                                                                     
Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju abang ke
paras dada. Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu: "Encik, ini anak
bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan
impian terakhirnya ini!"                                             
                                                                     
Bila lihat perut abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan 
jahitan, pegawai itu tak tunggu lama. Terus diacapainya kunci, dibuka
pintu salah satu trak bomba itu.                                   
                                                                     
Dia dukung abang, letakkan ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang
nampak gembiru sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Abang
tak perasan, mak palingkan muka lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan
air mata yang mula bertakung.                                     
                                                                     
Hari lain, mak tanya lagi: "Abang nak apa?"                         
                                                                     
Abang jawab: "Abang nak naik lori sampah!"                           
                                                                     
Mak dukung abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu
menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.         
                                                                     
"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?" 
                                                                     
Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju
abang dan beritahu perkara sama. Berubah mimik wajah mereka.     
                                                                     
Segera mereka angkat abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara
pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup lihat abang lama-lama. Sedih
agaknya.                                                           
                                                                     
Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama.
Abang kalau nak tengok gajah, mak bawa abang pergi zoo. Walaupun abang tak
larat jalan, tak apa. Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung
abang.                                                             
                                                                     
Abang kata nak tengok burung, mak bawa ke taman burung. Abang kata nak
main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan
seperti itu. Ke mana saja abang nak peri,semuanya mak tunaikan!   
                                                                     
Setiap hari juga mak tanya abang nak makan apa. Macam-macam  abang
teringin nak makan. Martabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air
bandung, rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikanwalaupun makanan
itu abang pinta pada pukul 3.00 pagi!                             
                                                                     
Apa saja yang teringin oleh tekak abang, semua mak cari walaupun abang
sekadar menjamahnya sesudu dua. Apa saja abang pinta, kami tunaikan.
                                                                     
Mak tahu, mak faham, masa abang bersama mak dan abah semakin suntuk! 
                                                                     
27 Mac 2011-   Abang semakin kritikal! Nak bercakap pun terlalu lemah,
apatah lagi untuk bergerak. Mata kuyu, hanya terbaringsambil memeluk Aina,
anak patung kesayangan abang. Mak ajak abah bawa abang ke hospital.
                                                                     
"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan
tubuh abang yang sudah tidak bernafas!"                             
                                                                     
Itu kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah 
bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus
ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.                   
                                                                     
                                                                     
5 April 2011-   Mak telefon sekolah asrama kakak yang sulung di Seremban.
Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan kakak pulang.   
                                                                     
"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat
terakhir!"                                                           
                                                                     
Itu kata-kata mak pada cikgu dan akak diizinkan pulang pada hari ini.
Kemudian, Dr. Adura. , doktor yang sinonim merawat abang datang melawat.
                                                                     
Mak memang rajin bercerita dengan Dr. Adura. Kebetulan mak ceritakan yang
mak terkilantak dapat tunaikan permintaan abang mahukan kek berbentuk lori
sampah.                                                           
                                                                     
7 April 2011-   Pagi ini Dr. Adura datang melawat abang. Kemudian Dr.
Adura beritahu ada surprise untuk abang tengah hari ini.           
                                                                     
Rupa-rupanya, tengah hari itu datang tetamu yang juga rakan-rakan alam
maya Dr. Adura membawa kek lori yang abang mahukan sebelum ini. 
                                                                     
Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sanka, Dr Adura tulis di dalam blognya
kisah abang dan ramai yang mahu menyediakan kek yang abang pinta. 
                                                                     
Sekali lagi, para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu
selamat ulang tahun untuk abang. Tapi abang kurang ceria, wajah abang
tampak letih dan nafas abang turun naik.                           
                                                                     
                                                                     
8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek
berbentuk lori warna pink untuk abang. Tapi abang sekadar lemah. Abang
sekadar terbaringmerenung kek itu.                                 
                                                                     
Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah abang, bacaanya 
meningkat naik. Tapi hati mak dapat rasakan abang sekadar mahu meredakan
keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan abang di dalam
bilik.                                                             
                                                                     
Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di
sebelah abang, mak peluk dan usap rambut abang. Mak menangis teresak-esak
bagai anak kecil.                                                 
                                                                     
Dalam tangis itu, mak katakan pada abang: "Mak tahu abang nak senangkan
hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu abang nak pergi.
                                                                     
"Jangan tahan-tahan abang. Pergilah. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya.
Mak puas dapat sempurnakan apa saja hajat yang abang pinta. Mak juga
bangga kerana Allah hadirkan abang dalam hidup mak walaupun seketika!"
                                                                     
Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak
menangis sepuas-puasnya. Dan mak berjanji tidak akan menangis lagi selepas
itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di
dunia                                                               
                                                                                                                                         
9 April 2011-   Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak
datang ke hospital. Masa abang dah dekat sangat. Mak lihat abang dah
kritikal. Wajah abang sudah tampak biru, lebam! Dada berombak,     
tercungap-cungap menarik nafas.                                   
                                                                     
Abang dah tak mampu bercakap lagi sejak malam tadi. Makan minum pun tak
mahu. Pakul 8.00 pagi, abah dan kakak sampai.                 
                                                                     
Mak suruh kak long bacakan Yaasin di sebelah abang. Mak suruh abah baca
juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.
                                                                     
Pukul 3.00 petang, abang makin lesu. Lantas mak ajak abang keluar
berjalan-jalan.                                                   
                                                                     
"Abang, nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok
matahari!"                                                           
                                                                     
Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung abang dan kita satu keluarga
turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi abang hanya minum
seteguk. Kemudian, abang lentukkan kepala pada bahu mak.         
                                                                     
"Abang, tu tengok kat luar tu? nampak taj sinar matahari tu? Cantikkan?"
                                                                     
Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik
hujan yang turun waktu itu.                                       
                                                                     
Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.
                                                                     
"Abang ngantuk!" Itu kata abang dan kemudian abang terlentuk semula pada
bahu mak.                                                         
                                                                     
Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang.                           
                                                                     
"Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak naik
semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja."
                                                                     
Mak tahu, masa abang sudah hampir tiba!                             
                                                                     
Sampai di wad, mak baringkan abang atas katil. Dan abang terus merintih
dalam nada yang lemah: "Makkk..sakit perut..!"               
                                                                     
Dan abang terus memanggil: "Makkkkk!". Suara abang perlahan dan amat sayu
bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi abang.     
                                                                     
"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan abang pergi. Mak halalkan segala
makan minum abang. Mak halalkan air susu mak untuk abang. Pergilah abang.
Mak izinkan abang pergi!"                                           
                                                                     
Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalammata abang yang
semakin kuyu. Saat abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar
mengucup abang selagi abang masih bernafas. Mereka kucup pipi abang
bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.                       
                                                                     
"Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu
abang dengar kamu menangis! Jangan seksa abang dengan tangisan kamu!"
                                                                     
Mak marah mereka buat begitu pada abang. Mak tak mahu abang lihat kami
menangisi pemergian abang. Mak tahu, abang akan jadi lebih sedih dan berat
hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut
menjemput abang.                                                   
                                                                     
Mak tak mahu tambahkan lagi kesedihan abang untuk meninggalkan kami. Abah
pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara     
tangisannya.                                                       
                                                                     
Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar
dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada
orang menangis di saat  abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air
mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.                       
                                                                     
"Pergilah abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah..!" Dan
perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan abang
pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...           
                                                                     
Pukul 3.50 petang, akhirnya abang meninggalkan dunia fana ini.   
Innalillah... Mak kucup dahi abang. Mak bisikkan di telinga abang:
"Tenanglah abang di sana. Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti
jejak abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!"     
Abang, sekarang mak dah dapat jawapanyya. Mengapa mak tidak menangis?
                                                                     
Pertama, abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu
mak di sana nanti.                                                 
                                                                     
Kedua, apa saja keinginan abang semasa hayat abang telah mak tunaikan.
Tiada lagi rasa terkilan di hati mak.                             
                                                                     
Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa
hayat abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk abang.     
                                                                     
Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada
di sisi abang dan menggembirakan abang setiap saat dan waktu.     
                                                                     
Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti abang.
Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk,
kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya     
pengetahuan.                                                       
                                                                     
Mak telah beri segalan-galanya melebihi 100% untuk abang. Mak telah beri
yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu
mak tak perlu menangis lagi.                                       
                                                                     
Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa
abang tapi... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah
kehadiran abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar.           
Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu 
daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat
menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap,
jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri
pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahan seawal usai dua
bulan dan ada antara pembedahannya gagal, malah abang pernah disahkan
'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor
mengjangkakan hayat abang tidka lama selepas lahir ke dunia, namun   
ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat  tahun untuk
meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan 
(bapa).                                                           
                                                                      

Wednesday, August 24, 2011

10 list video yang paling banyak orang tengok dekat youtube 2011


terima kasih..kerana sudi luang kan masa baca blog saya yang tak seberapa ni....hari ni.saya nak bagi info-info yang menarik mengenai youtube,com.mesti ada diantara korang yang tak tau lagi info ni...enjoy!!!cekidaut!!!! 

1.Justin bieber-Baby ft.Ludacris 609,601,566 views





2.Lady gaga-Bad Romance:408,272,393 views





3.Shakira-Waka-Waka(This Time for Africa):385,546,262views




4.Eminem-Love The Way You Are ft.Rihanna:372,935,677 views





5.Charlie bit my finger-again!:368,086,300views






6.Jennifer lopez-on the floor ft pit bull:355,054,315views




7.Eminem-not afraid:267,579,003views



8.Justin bieber-one time:260,819,608views





9.Justin bieber-never say never ft.jaden smith:249,602,970views





10.Thigh massage video:244,854,763 views

p/s: video justin bieber menjadi diantara video-video yang dilihat...mesti peminat dia ramai kan...=)

Saturday, August 13, 2011

Design Helmet yang Kita Akan Fikir Banyak Kali Sebelum Pakai




ni khas untuk penunggang motosikal....
Mereka yang ada kereta pun boleh juga mempertimbangkannya (mana tau korang nak pakai untuk tujuan keselamatan ekstra). 14 designs helmet yang agak gila ni akan membuatkan kita fikir banyak kali sebelum pakai. Helmet-helmet ni direka olah sebuah syarikat Rusia iaitu Good. Sempoi je nama syarikat dia eh?

———————–


Untuk peminat makanan sihat seperti buah tembikai dan kacang,
korang boleh memilih untuk memakai design helmet ni:



Alalala… kiut je buah tembikai ni. Siap ada bekas tebuk nak tengok isi dalam.



Nampak cam real je pandangan belakang tu. Kreatif bebeno.

———————–

Untuk mereka yang gila sukan;
suka main bowling, golf, tenis atau snuker?
Try these 4:




Rasanya berat dia sama dengan bowling ball biasa tak? Abis la kepala tertinggal masa bawak motor.. haha


Okay, yang ini agak sedih. Ada ke orang main golf naik motor?
Bukan golongan berada ke yang suka main golf ni? Tapi boleh juga dikhaskan untuk caddy.


Pemain tenis tegar, sila jangan pukul kepala kawan anda dengan raket tenis ye.


Yang ini pula untuk mereka yang gila snuker.
Tak perlu main lagi sebab dah sedia maklum anda akan kalah.
Mana muat bola snuker ni nak masuk lubang!

———————–

Untuk mereka yang ingin kelihatan bijak,
anda boleh pertimbangkan 2 helmet lambang kebijaksanaan ini:



Wah..semestinya orang yang tak suka Mat Rempit akan berkata,
“Ada otak rupanya budak-budak ni..”


Yang ni paling bijak. Memang sesuai untuk mereka yang selalu kesesatan.
Berhenti kejap tepi jalan, bukak helmet, tengok map.
Siapa kata motor takde GPS? Hehe

———————–

Untuk mereka yang berambut
dan juga mereka yang botak tapi ingin kelihatan berambut,





Lepas ni boleh cipta rambut spikey2 tak?

Nasib baik rambut pendek. If panjang, banyak la kemalangan.
Terperanjat tengok malam-malam.

———————–

Untuk mereka yang botak
dan juga mereka yang berambut tapi ingin kelihatan botak,



Agak mengerikan?

Macamana dengan yang ni? Orang akan kata “Wahh… kepala bersinar!”
Dan if korang memang botak, bila buka helmet, orang akan tergelak sambil berkata,
“Memang bersinar!”

———————–