my follower

Saturday, October 6, 2012

video saat-saat kematian yang melucukan(video)


korang rasa video ni....tragis ke lucu???..ye la..kalau ye pun nak belakon mati jangan la sampai kantoi







Wednesday, July 4, 2012

kreativiti timeline facebook

kadang-kadang tu mesti korang rasa timeline facebook menyusahkan...tetapi setelah korang tngok sendiri gambar-gambar kat bawah nie..mesti korang teringin nak buat mcm tu jugak kan....
kat bawah nie.aku ambik secara rambang kat google...pilih yang mana minat dihati...kalau ada yang korang tak suka aku mintak maaf...ni yang aku berkenan je...selamat menjamu mata..hehhe..=)


























kalau korang nak tengok yang best-best lagi korang boleh la cari kat google...ada bnyk lagi yang gempak2..terima kasih kerana sudi melawat blog nie..=)

Tip Pasang Audio Sound Sistem Kereta




_______________________________
Tip Pasang Audio Sound Sistem Kereta
_______________________________
Setiap pemilik kereta sekarang mesti ader radio, yang kaya tu pakai yang CD player 

lagik. Tapi ramai gak tak tau aper-aper pasal radio tu, cuma tau 'on' radio, pastu dengar. Ok kat sini kita bincang camner nak bikin sistem audio sound kasi bunyi lebih Ummmmppp....

1) Head unit.
Head unit [cd player, cassette player, DVD player, USB Player, MP3 / MP4] nak sedap, kene mahal skit lah. kualiti terjamin. bukan nak kata jenama brand cap ayam tak elok, tapi tengok nasib la. nasib tak baik, asyik rosak. Kalau pandai pilih masa beli Head unit kadang kala siap ade sub output tak perlu beli pre amp/electronic memang dah power bunyi dia.. Lagi satu masalah head unit cap ayam ni channel radio tak berapa clear nak dapat... puas adjust FM/ AM tak dapat siaran dengan jelas...



2) Pre amp [equalizer] / Electronic crossover
A) Pre-Amp nie adalah untuk control Bass, Volume, Mid, Subwoofer, Tweeter, Mid Bass, Frecuency dan sebagainya ler berkaitan audio...Ia di sambungkan antara amplifier dan cd/radio......Tujuan nyer nak kawal bunyi serta setting bunyi yang di keluarkan.....
B) Electronic crossover pulak dia asing kan bunyi sebelum masuk ke amp.Biasanyer jika anda dah pasang pre-amp, jadi tidak perlu ler untuk anda pasang Electronic crossover 

EQUALISERS
Equalizer dengan pre amp nih tak sama yer.. Sebenarnyerr equalizer ni untuk fine tuning bunyi yang dihasilkan oleh oleh head unit. Biasa nyer ader build-in amp yang buleh mengeluar kuasa dalam 20watt hingga 50 watt ajer. Bagi mereka yang tak suka pasang radio kuat, kuat, biasanyer hanya pasang equaliser jer dalam kereta. Equaliser nie biasa nyer tidak boleh dipasang bersama power amp. 

3) Crossover [splitter].
Sebenarnya Crossover ( splitter) ni tak sama ngan electronic corssover tu.Crossover ( splitter) berguna kalau ada banyak pasang speaker berlainan saiz kat kereta (selalunya Benda ni selalu disertakan sekali kalau kita beli component tweeter [high frequency], speaker tepi pintu speaker 3 way atau 2 way, woofer [bass], mid [voice], bila pasang Crossover ( splitter) kualiti bunyi beza la sikit ( untuk suport bunyi lebih sedap dan power sikit)...Tujuannya nak asing bunyi high & low...tapi makan ruang la kat bila pasang dalam kereta.

4) Power amplifire atau amp.
Power amplifire tujuan untuk menguatkan bunyi biar bunyi umphh lagi power dari head unit..Power amplifire berkualiti rendah atau tak cukup kuasa akan memberi bunyi yang tak berapa jelas...
Power amplifire pasang letak bawak seat je. amplifier ada banyak wooo, 1 way, 2 way, 4 way, 8 way [nih je habis kuat aku pernah tengok].

OK maksud 'way' nih,adalah berapa banyak speaker boleh sambung. 1 'way' untuk 1 speaker. jangan 1 'way' untuk 2 speaker, alamatnya cepat rosak la amplifier tu.. Kalau 1 way nih biasanya khusus utk WOOFER satu ketul je , kalau 2 way nih common use... boleh digunakan pada speaker 3 way ataupun digabungkan dengan cross-over khusus untuk TONG SPEAKER WOOFER dalam bonet belakang kereta.Kengkadang tu amp tu ade build in punya crossovers yang akan membahagikan jenis frekunsi bunyi mengikut speaker yang betul. 

Sebenarnye nak tentukan keenakan dan kelunakan muzik yang dikeluarkan dari Power amplifire tu... depend pada support pada head unit, speaker dan assesori yang korang gunakan... misalnye.... kalau Power amplifire tu boleh support 500w, tapi power yg dikeluarkan dari head unit hanya 100w... mane lah tahan beb.... cam bunyi katak dlm tempurung jee lee.... satu lagi.. kalau Power amplifire support 500w, head unit pun support 500w jugak.. tapi yg slac kat speaker cuma support 250w... tak pasal.. pecah hancur speeker tu..so, kuasa amp dan speaker mestilah sama beb.. hope yang tu terpentingg ok...

Cuma nak pasang Power amplifire ni kene tarik power direct dari bateri, dan perlu signal power dari head unit tarik power dari bateri, masalahnya bila sentiasa 'ON' Power amplifire, esok pagi tak boleh nak start kereta pulak karang.

Kebiasaan yang aku tengok, wayar yang dia orang guna sekurang-kurangnya saiz wayar Direct Cable 10mm. Saiz wire bergantung kepada berapa banyak amplifier yang korang nak guna.

Dalam pemasangan audio sistem kereta (Radio,power amp,dll) sangat la penting memakai fuse,kalau tidak ape apa short berlaku jahannam semua.. fuse pun bergantung pada berapa banyak amplifier yang nak kongsi pada satu wayar. tapi lagi bagus kalau fius diasingkan khusus utk satu amplifier saje.


5)RCA cable
RCA Cable tu pon penting gaks. Kalau nak bunyi sedap kena pakai jenis elok nye. Tengok metarial cable tu. Selalu cari jenis yang mengalirkan arus lancar. Paling baik jenis ade gold plate.sekurang-kurang kena pakai cable....2 x 1.2 m & 2 x 2.5 m.....

6)Speaker mid & tweeter
Komponen yang paling penting sebab speaker mengeluarkan bunyi. Tanpa speaker, takde ler bunyi. Kalau korang pakai single speaker standard yang siap dipasang pada kereta, tu sebenar nyer masih tidak mencukupi untuk mendapatkan bunyi yang best. Speaker yang besar tidak dapat menghasilkan bunyi frekuensi rendah manakala speaker kecik plak tak buleh nak keluarkan bunyi bass. Oleh sebab tu, untuk mendapatkan bunyi yang best, gabungan speaker besar dan kecik digunakan iaitu tweeter, mid range, mid bass dan sub-woofer.

Selalu ade 2 jenis speaker. Satu speaker biasa (mid,tweeter,1 way, 2 way, 3 way). Satu lagi component speaker (ade crossover selalu 1 mid & 1 tweeter). Component speaker ni selalu lebih mahal dari speaker biasa tu. Speaker ni kena pastikan watt dia jangan banyak sangat beza dari watt per channel amp tu. Contohnya speaker tu 150W amp per channel 300W.Boleh menyebabkan speaker tu rosak.component set speaker 5 or 6 inch dan 3 x9 inch 3ways speaker. Ni pon dah cukup best dah.

7) Woofer, sub woofer..
Woofer speaker besar 1 way, Selalunya guna 8 inci speaker, magnet yang besar.khusus untuk bunyi bass [boom power] boleh buat pintu bonet bergegar.tapi 8 inci dah tak kuat sekarang nih. nak sedap, try 12" punya speaker.( lagi besar speaker tu, lagi besar magnetnya, lagi besar gelombang bass yang boleh ditampung. lagi banyak la body kereta yang bergegar.Kalau nak bunyi woofer yang sedap, kene ada amplifier 1 way, khusus untuk bass sahaja, baru la speaker nih jadik ACTIVE WOOFER.... dari jauh pun boleh dengar bunyi BASS.. kalau nak beli Woofer kena pasti kan power amp tu boleh tendang (watt dia
lebih dari sub tu). Contohnya kalau beli sub 350W 12inch. Tapi amp dah bridge pon baru 160W. Kat sini dah rugi sebab tak dapat pakai sub tu ke maximum level. Baik pakai je sub 150W rege dia beza banyak dari 350W tu.Sub Woofer ni kena tengok setting macam mana kita nak. Bunyi soft atau hard bunyi bass. Tu semua kena setting kat pre amp / electronic crossover or kat Radio Head unit(yang ade RCA sub output aje) ade setting software.

8) Speaker Wire
Speaker wire pon penting gaks cari yang elok nye punye...Kalau nak bunyi speaker clear elok tukar wire yang agak besar sikit.. agar lancar bunyi yang dihantar pada speaker keluar..Jangan pasang terbalik punca +/ - kepada -/+ nanti bunyi yang keluar pun tak sedap..

9) Box untuk Sub.
kalau nak pasang sub-woofer dalam keto, pastikan dulu keto tu muat untuk letak sub-woofer punyer box dalam bonet, sebab kat situ ajer ler tempat yang sesuai, Kalau pakai kancil plak, sila pakai akal sikit, jangan ler beli sub-woofer 15" punyer. 12" punyer pun dah cukup besar. 

Box ni pon ade 2 jenis satu tuib (Bazooka) dan yang satu jenis lagi box (1 or 2 sub). Box sub ni banyak di jual kat kedai accessori. Bazooka berbentuk silinder bulat sesuai untuk kereta yang ruang tempat simpan nye terhad (contohnya Proton satria)... Kalau jenis Box Double voice tak same ngan single voice nye box... nih bergantung pada tuan empunya. ada orang suka letak 2 biji WOOFER..pastu pasang amplifier 2 way... perghs...sedap nih...keluar habis taik telinga.. heheh...

10) Capasitor
Kalau pasang lebih dari satu Power amplifire atau pakai sub banyak boleh pasang capasitor.. Capasitor ini berfungsi untuk menyimpan cas karan dari bateri ko supaya aliran karan yg sampai ke kompenan audio system stabil dan sekata sepanjang kau mainkan sound kereta ko.. terutama yg kaki blast sound tu... sebab kalau sound system blast lama aliran karan akan berkurangan.. jadi sound kualiti akan menurun , tidak steady.. so bila pasang benda ini dia akan cuba simpan cas karan untuk membantu menstabilkan aliran arus karan sepanjang blast sound tu... tapi kalau mahu betul berfungsi benda ni , kau kena cari brand yg betul bagus dan mahal.. sebab sekarang ni terlalu banyak clone , jual pun murah. jadi kalau beli brand macam ni fungsi benda ni tidak terserlah untuk membantu.. cuma aku tengok hanya sekadar perhiasan..

11) voltage stabilizer [VS]
elok la pakai Voltage Stabilizer ni kalau dah pasang amplifier sampai 4 ketul.nih tujuannya nak stabilkan voltage dalam kereta. Voltage Stabilizerni dia simpan cas elektrik,dan amplifier akan tarik cas-cas melalui Voltage Stabilizer ni. jadi tak ada la korang dengar bunyi putus-putus.
Pesanan saya
Entah di mana silapnya, sebuah kereta tiba-tiba terbakar yang bermula dari bahagian belakang (bonet).Kebakaran dipercayai berlaku akibat sistem pendawaian pada sistem audio kereta yang dipasang di bahagian bonet...

Apa pun perlu diingatkan wiring audio sound sistem kena buat bebetul.. pelbagai kemungkinan boleh berlaku, jika terdapat banyak gadget melibatkan wiring didalam kereta, kemungkinan besar boleh berlaku litar pintas..kadang-kadang wayar tu terdedah dan banyak sambungan haram wiringtak ikut specs ke.. boleh menyebabkan short circuit... kereta boleh terbakar wehhh... Cari orang yang bebetul mahir jer buat wiring kereta korang tu yerr

Apa pun ini hanya pandangan saya sahaja... kalau apa-apa yang salah harap maaf dan sila perbetulkan kesalahan yang ada...

Saturday, January 14, 2012

ketahui kelajuan Load Element Blog



Kecepatan sesebuah blog untuk dibuka oleh pengunjung juga memainkan peranan penting dalam dunia blogging.selain bergantung kepada jenis browser yang digunakan dan kecepatan internet,pekara penting lain adalah kandungan element yang mencorakkan sesebuah blog.


Bagaimana anda hendak tahu selaju mana blog anda load,dan apakah element yang tidak mendatang kan masalah,dan element manakah load pada blog anda.???????


Caranya mudah sahaja.


1.Buka website nie http://tools.pingdom.com/fpt/


2.Masukkan URL blog anda,kemudian tekan 'test now'









3.Selepas seketika,anda akan dapat sedikit informasi tentang blog anda,dan yang paling penting adalah masa load setiap element.tindakan seharusnya bergantung kepada kehendak anda....






p/s:kebiasaanya yang menyebabkan lambat adalah gambar beranimasi ataupun javascrips ^__^

world biggest holes on earth

pernahkah korang tahu lubang-lubang yang besar,terdapat di bumi???




No 1-bingham canyon mine utah






No 2-burning gate of turkmenistan






No 3-diavik diamond mine at canada






No 4-glory hole monticello dam california







No 5-great hole belize






No 6-guatemala sinkhole







No 7-kimberly big hole at south africa






                                  No 8-mirny diamond mine of siberia