my follower

Tuesday, June 7, 2011

kesihatan: kawal masalah HIPERHIDROSIS(peluh berlebihan)

    heluuuuuu.......hari ni kita nak ckp pasal kesihatan cikit...saya pun dapat info nie dari surat khabar.saja nak share mana tau info nie berguna ke kan..sharing is caring bak kata orang puteh.tp kalau awek nak share2 tu cari nahas la kan..hahha..
   


ok taknak buang masa korang lama-lama,apa itu hiperhidrosis???(tergeliat lidah nak sebot).hiperhidrosis merupakan istilah perubatan bagi individu yang mengalami masalah peluh berlebihan yang berlaku terutamanya disekitar tubuh,celah paha,tapak tangan dan kaki..tu maksud dia..cewah...dah mcm doktor pakar lak aku nie..hahhaha!!!

kita sememangnyer digalakan melakukan senaman 3 kali seminggu untuk cara hidup yg sihat.peluh yg keluar daripada tubuh adalah situasi yg normal,tetapi sekiranya peluh yg keluar lebih banyak dari yang diperlukan ia adalah tidak normal!!! terutamanya ketika kita berada dalam persekitaran yang sejuk dan tidak menggunakan tenaga..adoi..nie yg btol2 rimas nie..baru je mandi badan dah bau hapak!!!

korang tahu tak..masalah peluh berlebihan bukan satu pekara yang normal,malah ia boleh dikategorikan sebagai salah satu penyakit....ish..ish...mesti korang baru tau kan..sebelom nie mesti korang ingt tu pekara biasa je...tol tak???? hehehe...selalunyer kita tak sedar,yang kita menghadapi penyakit nie sampai la dia mendatangkan masalah kepada kita....


lazimnyer,masalah peluh berlebihan nie bukan saja dikesan kat tapak tangan,malah pada bahagian kepala,muka,dada,belakang tubuh,dan pangkal paha.so...kalau korang dok saja tak wat pa pe...tibe2 je peluh kuar kat tapak tangan korang,nie bermakna korang mengalami masalah hiperhidrosis..hehhhe



ok,dah tau kan penyakit nie mcm mana..sekarang kita nak tau rawatan untuk mengubati penyakit nie...yang pertama..hehehhe..rawatan topikal,jika masalah hanya sedikit,penggunaan ubat sapu atau anti peluh yg mengandungi 12-20 peratus aluminium klorida boleh membantu mengurangkan peluh....yang kedua...rawatan sistemik,ubat makan mengandungi agen antikolinergik seperti glycopyrolate dan amitriptyline (pebenda ntah main taip je heheh) boleh menghadkan aktiviti saraf simpatetik dan ini mengurankan pengeluaran peluh yang berlebihan...

rawatan yang ke3 lak adalah suntikan botulinum toksin A(botoks),ni bukan botoks yg dok cucuk kat muka tu ye...hahha.suntikan ini digunakan untuk merawat penyakit nie dengan melumpuhkan saraf yang merangsang kelenjar peluh..bkn merangsang benda lain ye...ingt tu...hahhaha!!

yang ke4...iontoforesis,adalah kaedah dimana air mengalirkan arus elekrtik dari alat khas melalui permukaan kulit dan ini menyebabkan produksi kelenjar peluh terencat..bukan otak anda ye yg terencat..hahha..jangan marah gurau2 jew....

nie yang last skali,pembedahan simpatektomi torasik endoskopi(sepatah haram pun aku tak paham) pembedahan nie dilakukan dengan memotong(clipping) saraf simpatetik yang merangsang kelenjar peluh yang terlibat....

sekiranyer anda ingin mendapatkan rawatan...iHEAL Medical Central Kuala Lumpur meyediakan perkhidmatan untuk rawatan atau sebarang pertanyaan hubungi 03-22877398..tolong promot...xder komisen pown...hahhaha...

akhir kata bersukan lah untuk negara!!!!(tetibe je bdk nie)

1 comment:

  1. hai terima kasih untuk info ni saya nak beli ubat sekarangg!

    ReplyDelete