my follower

Wednesday, July 13, 2011

TRAGEDI YANG HAMPIR DILUPAKAN

helu...kat cni saya nak share sikit,kisah2 yang mungkin kite lupakan...kebanyakan peristiwa2 yang belaku nie dah lama dah...kita tak lahir lagi masa tu kot.heheh...enjoyyy!!!


Pada awal abad kedua puluh,dua objek melanggar bumi.kekuatan hentakan objek itu mampu menghancurkan bandaraya New York ataupun Washington.Namum kedua-duanya pertama kali berlaku pada 1908 dan kedua 1947 terdampar di Siberia Rusia.Tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku kerana siberia adalah kawasan yang tiada berpenghuni.kesannya boleh dilihat sehingga kini...heheh...

                                                                          siberia rusia




Bom hidrogen pertama kali diletupkan di Lautan Atlantik pada 1952.kekuatan ledakannya menyamai semua jenis bom yg digugurkan di Jerman semasa Perang Dunia Kedua,termasuk dua bom atom yang menghancurkan Hiroshima dan Nagasaki di Jepun.

                                                                        bom hidrogen

Runtuhan lombong arang batu paling buruk pernah dicatatkan berlaku di courieres di utara perancis.Tragedi yang belaku pada Disember 1906 itu menimbus hidup2 lebih 1,000 orang pelombong yang berada lebih 500 meter dibawah tanah.Bagaimanapun,hanya sepuluh pelombong yang dapat diselamatkan selepas para penyelamat bertungkus lumus berusaha selama lebih 2 minggu,para pelombong tersebut menyangka mereka hanya teperangkap selama tiga hari....cuba bayangkan...hehhe..




Pada tahun 1500 sebelum masihi,sebuah gunung berapi meletus di kepulauan santorini di laut aegean.menurut kajian sains,kesannya lima kali ganda letusan Karakatoa di indonesia yang meletus pada tahun 1883.Letusan itu mengubah hanpir 100 kilometer persegi muka bumi menjadi tasik.Ada diantaranya melebihi 800 meter kedalamanya.Kehancuran itulah kononnya yang membentuk lagenda Atlantis yang terkenal sehingga kini...


                                                                     krakatoa indonesia

Tenggelamnya Titanic yang mengorbankan 1,513 penumpangnya bukanlah tragedi paling malang seperti yang diyakini selama ini.Tiga puluh tahun selepas Titanic,sebuah kapal Jerman,Wilhelm Gustloff tenggelam di laut Baltic selepas terkena torpedo yang dilepaskan oleh sebuah kapal selam russia,S-13.dalam kejadiaan itu,8,000 penumpang!!! maut.bilangan itu lebih lima kali kemalangan Titanic,namum ia tidak pernah diperkatakan...

                                                                     kapal wilhelm gustloff


Kebakaran yang melanda Chicago pada tahun 1871 telah membunuh 360 penduduk.seluas 320 kilometer persegi kawasan punah sama sekali.Dalam tempoh seminggun api merebak sehingga ke Wisconsin,bandar berhanpiran dan membunuh 600 penduduk.Tragedi itu dikenali sebagai Great Chicago Fire,namum tidak ramai yang memberikan perhatian hingga ke hari ini.kisah itu tenggelam dalam lipatan sejarah.....

kesan great chicago fire







No comments:

Post a Comment